"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Friday, August 19, 2011

...Aku Sedang Dalam Perjalanan Menuju SYURGAMU...


Ya Allah
Aku mohon, bersabarlah akan aku
Aku mohon, tetaplah bersamaku
Ya Allah
Aku ini manusia yang lemah hatinya
Aku ini manusia yang masih terumbang- ambing dalam arus

Ya Allah
Jangan tinggalkan aku
Teruslah bersamaku, Ya Rabb
Terangi jalanku
Pandu jalanku bila aku salah arah
Tuntun aku kembali bila aku terlanjur hilang

Ya Allah
Terima kasih atas rakan dan teman yang soleh dan solehah
Yang sentiasa bersabar berjalan bersamaku
Yang sentiasa mengingatkan aku akan panas api neraka
Dan Indahnya syurga yang Kau janjikan.

Ya Allah …
Bersabarlah kan aku, maafkan ketelanjuran dan kesalahan aku
Entah seberapa jauh lagi perjalanan ku . .
Namun bersabarlah akan aku, Ya Rabb
Aku sedang dalam perjalanan menuju syurgaMu..

Jangan Sesekali Aku & Kamu mengulanginya..


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...