"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Tuesday, June 19, 2012

PROMOTE...PROMOTE..

Kepada peminat tudung mesir..stok baru sampai dari Mesir. semua warna ada, stocks are limited, rm27 each. blh tempah ikut pakej :

1. kain sahaja : RM27
2. kain+potong+jahit tepi @ lilin + jahit tengah : RM37
3. kain+pos :RM35

sebarang pertanyaan @ tempahan blh PM ana atau direct msj 019-2302393. syukran :))


Thursday, March 29, 2012

..MUHASABAH BERSAMA..

Wahai Allah!!
Tuhan yang maha mengasihani

Tiada sesiapa lagi tempat terbaik
Untuk hamba yang lemah lagi daif ini
Menumpang kasih kecuali dari sisiMu

Hamba akui segala kelemahan , kesilapan
dan kebodohan diri

Hambalah manusia yang menzalimi diri sendiri
pada setiap detik dan ketika

Hambalah juga yang selalu
berlagak seperti tuan di bumi
milikmu Ya Allah!!

Ya Allah!!
aku memohon dengan
keluasan Rahmat dan
MaghfirahMU

Agar
Dosa-dosa yang aku usahakan
Saban detik dan waktu itu
diampuni!
Berat hati ini menanggungnya

Ya Allah!!
kusut sekali kehidupanku
kerana
Dosa yang menggunung

Segala urusan hidupku tidak keruan
Lantaran dosa bertimpa-timpa
yang kupikul sendirian

Sungguh, Ya Allah!!
Tiada ketenangan dengan dosa
Tiada keberkatan dengan dosa
Tiada keselamatan dengan dosa
Tiada kekayaan dengan dosa
Tiada kemuliaan dengan dosa

Ampunilah hamba yang bersalah ini
Dan jauhilah daku daripada
kehidupan yang penuh ranjau
dan liku-liku dosa

Wahai Tuhan yang
Maha Mengampuni


MUSAHABAH BERSAMA..
MAY ALLAH BLESS US INSHA ALLAH