"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Friday, February 18, 2011

Study VS Dakwah...???

“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.

Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni?

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!

“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.

“ Apa maksud kau?”

“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

“Aku tidak faham!”

“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri  tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

“ Tak, itu bukan maksud aku!  Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Lia dah faham.  Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut




“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam.  Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.  Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna  dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

 Ya Allah,
 kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
 Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!


Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;

‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.

 Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu





Friday, February 11, 2011

kalau perempuan lawa pendiam...???????

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...
kesiankalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh..

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject..

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

itulah hakikat yg berlaku.... :))
conclusion: smua manusia itu berkehendak kpd perkara @ benda yg cantik... ALLAH sendiri pun sukakan kecantikan... :)) bersama2 kita berusaha utk menjadi cantik... cantik luaran dan dalaman..cantik luaran merangkumi akhlak n peribadi...cantik dalaman ialah cantik hati..hati bersih daripada noda n titik2 hitam dosa... bila hati cantik, luaran pn akan cantik.. :)) selamat beramal..

jadi mak @ mama???

salam alaik... :) kaifahalukum..?? la'llakum fi sihhatin wa a'fiatin..
entry kali ni just nak kongsi 1 cerita..time balik cuti mid-sem bln 12 dulu.. dah lama sebenarnya, tapi cerita ni memang susah nak dilupakan.. :)

actually ana dapat anak buah baru, anak kpd kakak no4. dapat baby boy, Muhd Luqman Al-Hakim nmanya.. family semua panggil luqman, ana n mak ana je panggil hakim kt dia.. padahal maksud sama je.. ceritanya ada 1 hari 2 ana kena bwk hakim g klinik sbb nk cek "kuning" dia, mak ana yg ajak pegi..kebetulan ana kena jadi driver hari 2 sebab abang ipar ana kena balik bangi sebab ada urusan kat ukm, tempat dia mengajar.. so ana pn jadi la driver kereta hari 2...1st tu nervous jugak, ye la sebab dah lama x drive. tup2 mak mintak tolong jadi driver.. boleh je la. time naik kereta 2, aishah (kakak hakim, yg sulung,dah 4 tahun) pun ikut jugak, sibuk je nak ikut, xpe la..huhu. time nak bawak 2, tiba2 aishah ckp :

aishah: atuk (panggilan aishah utk mak ana) x takut ke cuna bawak keta ni?? nanti masuk longkang kang..      cuna pandai ke bawak??

ana : aishhh dok diam..! baca doa.. (biasa la maksu garang ckit)

mak : aishhhh apa ckp camtu,.x dak apa2 aih.. dah dok diam2..aishah baca doa.. na, bawak elok2..

then aishah pn dok diam2 kt belakang. ana dok sembang2 dgn mak smpai terlupa yg aishah ada kt belakang..huhu kesian. sampai la kt petronas nak isi minyak. then lps isi minyak, ana tgk la kt cermin belakang, rupa2nya aishah ada, dok senyap ja..sebab td kna marah..huhu. dah terlupa yang dia ikut sekali..

20minit lps 2 sampai la kt klinik 2, then ada sorang nurse 2 ambik hakim masuk kt bilik doktor.. ana pun tunggu la kt luar tempat menunggu 2..lama lepas 2, nurse 2 bawak hakim keluar.. ana pun pegang la, betul2kan ckit kain balut 2..bagi dia minum susu botol.. habis sebotol dia minum.. then ada sorang nurse 2 datang dekat ana..tolong2 betulkan kain tadi 2..maybe doktor cucuk kot.. then nurse 2 cakap:

nurse: bestnya dia (hakim) dok atas mak dia....dia panggil mak ke mama kt akak (ana)??

ana : eh x de la...saya bukan mama dia..saya mak nakan (mak saudara) dia..hehe

nurse : oo ya ka..hehe maaf. ingatkan adik ni mak dia...huhu

ana : huhu xpe..


nurse : adik still belajar lg ke? kt mana?

ana : ye belajar lg, kt matrik uia...

(dlm hati ana dah tertanya2 dah ni...muka ana ni macam orang yang dh kahwin n ada anak ke???) huhu xpe..ada bakat namanya 2...

then sampai je kat rumah, ana cerita kat kak ana.. boleh pulak dia gelak kat ana..dia kata muka ana memang macam orang yg dah kahwin kot...ye ke...?????????? emmm very confusing...  anyway, semua 2 pengalaman.. insyALLAH 1 hari nanti... :)

conclusion: 1st impression not always true... dont judge a person by its cover.. :)) secara ilmiahnya, kadang2 perwatakan kita melambangkan sikap sebenar diri kita..jika di dalam baik, maka baiklah di luar..yakni hati.. :))


emm ni gambar mereka berdua itu... :))

luqman al-hakim.. :)
time ni baru 3hari

try to guess....?? yang mana agaknya aishah??
(kiri)
a very hyper active one... :))

Tuesday, February 8, 2011

wasiat terakhir KEKASIHKU..

Wasiat Terakhir


Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.
 RASULULLAH...kami rindu padamu.. 

PeRiHaL RaSuLuLLaH

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/masyitah/rasulullah.jpg


~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)


*memetik hadis dan dalil dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)

SEMPENA MAULIDUR RASUL.. :))

Rahsia Besar yang Orang Ramai x tahu..

BIlA PaDeRi terPaKsA BuKa rAhSiA bEsAr

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia 
         Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. 

         Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. 

         Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar. 

         Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’ 
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. 

         Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’ 
Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’ 

         ‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

         ‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’ 
‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ 
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. 
Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata, 

1. -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. 
2. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12). 
3. -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an. 
5- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. 
6-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. 
7-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3). 
8-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17). 
9-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* 
10-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160). 
11-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . 
12-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60). 
13-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. 

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18). 
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98) 
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19). 
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. 
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69). 
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). 
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28). 
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. 

         Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. 

         Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’ 
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. 
Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’ 
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’ 
Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘ 
Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘ 
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

alhamdulillah... :))

Alhamdulillah...kullu hamdin lillah.. :)) akhirnya niat utk mempunyai blog tercapai jgk.. insyALLAH moga blog ni blh dijadikan sebagai wadah perkongsian ilmu dan pendapat.. dan yang paling penting menyebarkan islam. Biiznillah.. :))

kenapa nama blog ni cahaya yang indah ya?? ada 2 maksud disebalik pemilihan nama ini..

1) maksud nama pemilik blog ni.. نورالحسنى... moga2 nama itu dpt menjadi doa buat diri ini utk menjadi hamba ALLAH yg lebih baik..
2)maksud ke2 ialah: cahaya yang indah=ISLAM.. Islam ibarat 1 cahaya yg menerangi kta drpd kegelapan.. tanpa ISLAM, mgkin kta still di zaman jahiliah..

a'la kulli ahwal, alhamdulillah.. :)) إن شاء الله أكتفي بهذا.. سلام عليكم