"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Tuesday, November 29, 2011

...WHAT MUSLIM LOST??....

What muslim lost??? satu tajuk perbincangan dan penghayatan serta muhasabah buat semua yang bergelar muslim.. sedarkah kita apa yang telah hilang daripada diri muslim itu??  sekadar ingin berkongsi ilmu dengan para pembaca, ceramah bertajuk "What Muslim Lost" telah disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofree, (satu nama yang tak asing lagi bagi pencinta ilmu dan kerja-kerja dakwah islamiyyah) ketika dalam satu ceramahnya di UIAM. 

(al-Fadhil ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofree & sheikh Habib Ali Zainal Abidin )

Satu jawapan pendek yang menjawab semua persoalan What Muslim Lost.. الحكمة ضالة المؤمن (hikmah adalah perkara yang hilang daripada orang mukmin) , maka sesiapa yang menjumpainya, maka ambillah hikmah itu. Satu perkara lagi yang telah hilang daripada diri seorang muslim ialah kecintaanya kepada Rasulullah.. sejauh mana kita sebagai ummah Nabi Muhammad ingat n berselawat keatasnya? Jauh sekali ingin merasa kehadiran Rasulullah di hati kita.. 

Sedar atau tidak, muslim juga telah hilang sesuatu yang lebih berharga dari segala-galanya.. apakah itu?? ianya adalah kehormatan dan kegemilangan ISLAM.. muslim hari ini dipandang kolot dan ketinggalan serta tidak mendapat tempat didunia. kenapa jadi begitu?? puncanya adalah daripada diri muslim itu sendiri. muslim lebih suka mengikut cara hidup kafir laknatullah sehingga sanggup meninggalkan al-Quran dan sunnah yang sepatutnya menjadi dustur umat ISLAM.. realiti dan fenomena ini telah dan sedang berlaku. Sedarkah kita?? Kembalilah kepada dustur ISLAM.. jadilah kita orang yang memperjuangkan agama-NYA. 
"Sesungguhnya orang-orang yang memperjuangkan agama di akhir zaman ibarat menggenggam bara api, tidak disediakan karpet merah untuk kerja-kerja dakwah ini" 

Wednesday, November 23, 2011

....Azam tahun baru...

 
Tahun 1432 hijrah bakal melabuhkan tirainya.. begitu cepat masa berlalu. Apa yang sudah kita lakukan dalam setahun 1432 hijrah? banyaknya kebaikan atau banyaknya dosa? sungguh ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana memberika kita peluang untuk merasai kehidupan sepanjang 1432 hijrah yang bakal berlalu beberapa hari lagi. sebelum perginya tahun 1432 hijrah ini, kita digalakkan membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena menyambut tahun baru.. 

Doa akhir tahun :
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
أَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِيْتُهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنِّيْ مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ، وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَائَتِيْ عَلَيْكَ، أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْلِيْ، أَللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْه الثَّوَابَ وَالْغُفْرَانَ فَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ، وَ لَا تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ، يَا كَرِيْمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 

Doa awal tahun :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تَمْلَأُ خَزَائِنَ اللهُ نُوْرًا وَتَكُوْنُ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ فَرَجًا وَفَرَحًا وَسُرُوْرًا وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ
أَللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكً الْعَمِيْمِ الْمُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيآئِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالْإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى  يَا ذَالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
وَصَلَّى الله تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
  
Moga segala amalan dan amal baik kita sepanjang 1432 hijrah ini diterima ALLAH. Berdoalah sekerap mungkin kerana ALLAH itu tidak pernah jemu mendengar permintaan dan rintihan hambaNYA.. Usah berputus asa daripada rahmat ALLAH.. :) renung-renungkan dan selamat beramal.. :)


Friday, August 19, 2011

...Aku Sedang Dalam Perjalanan Menuju SYURGAMU...


Ya Allah
Aku mohon, bersabarlah akan aku
Aku mohon, tetaplah bersamaku
Ya Allah
Aku ini manusia yang lemah hatinya
Aku ini manusia yang masih terumbang- ambing dalam arus

Ya Allah
Jangan tinggalkan aku
Teruslah bersamaku, Ya Rabb
Terangi jalanku
Pandu jalanku bila aku salah arah
Tuntun aku kembali bila aku terlanjur hilang

Ya Allah
Terima kasih atas rakan dan teman yang soleh dan solehah
Yang sentiasa bersabar berjalan bersamaku
Yang sentiasa mengingatkan aku akan panas api neraka
Dan Indahnya syurga yang Kau janjikan.

Ya Allah …
Bersabarlah kan aku, maafkan ketelanjuran dan kesalahan aku
Entah seberapa jauh lagi perjalanan ku . .
Namun bersabarlah akan aku, Ya Rabb
Aku sedang dalam perjalanan menuju syurgaMu..

Jangan Sesekali Aku & Kamu mengulanginya..


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Monday, August 8, 2011

...BAYANGKAN...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

 lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

 Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? 

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam…  
...Muhasabah bersama...

Thursday, August 4, 2011

...Fadhilat Solat Tarawih...

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.


Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama






Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. 

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. 

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



SELAMAT BERAMAL.... :))



Tuesday, August 2, 2011

AHLAN YA RAMADHAN..

أهلا وسهلا ومرحبا يا رمضان.. شهر أمة محمد

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

.  قال تعالى في كتابه الغزيز : كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

(قال الرسول صلى الله عليه وسلم : من صال رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (متفق عليه

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu dengan ramadhan 1432H. Kullu hamdin lillahi.... Ramadhan datang dengan seribu rahmat, bulan yang penuh barakah, syaitan dan iblis dirantai, Al-Quran diturunkan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.

kalau kita renung sejenak, berapa ramai sahabat2 kita, orang kampung kita, saudara mara kita yang terlebih awal dijemput ALLAH, mereka x sempat bertemu ramadhan kali ini... betapa sedihnya mereka... alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk berada dalam bulan tarbiah RAMADHAN...

Rebutlah peluang yang ada untuk memperbanyakkan ibadat, sedekah dan amal2 lainnya.. Antara taklifat harian untuk bulan barakah ini.. :
1. puasa di siang hari
2. solat tarawih

3. solat tahajud
4. solat taubat, hajat, witir
5. khatam Al-Quran sekurang2nya sekali dalam bulan Ramadhan
6. zikir2
7. solat tasbih

jom sahabat2 sama2 kita raikan bulan pesta ibadah ini... moga amalan kita semua diterima ALLAH...
AMINNNNN YA RABB..... :))



Monday, August 1, 2011

Untukmu Temanku...

Untukmu teman….
Disini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Moga ikatan ukhuwwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janjiNYA

Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihNYA
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya


Saturday, April 16, 2011

Sunnah Orang Berjuang

SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah


Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih



Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

Wednesday, March 23, 2011

ReSuLt SPM...!!


            Salam alaik.. :) kaifahalukum alyaum..? sedar x sedar hari ni dah 23 mac dah.. cepatnya masa berlalu.. either we realize or not, today is the day of announcement for SPM result.. yes..finally.. :) CYI ada mesej adik2 junior yang ambil result hari ni..emm macam2 la bunyinya..tapi nak buat macam mana lagi, terima & redha je la..kalau bagus, alhamdlillah..kalau kurang bagus, jangan sedih tapi usaha lebih lagi..kalau dulu main2, sekarang kurangkan.. :) xpe, say alhamdulillah in whatever condition u are.. :)) 


           Apa yang paling penting ialah result anak menakan (anak buah) CYI..Ashrof namanya..emm sufi dia ni, jangan main2..hehe. 1st mesej:


CYI : salam alaik. dah gi tengok result? how come?
Ash : wkslm..4A..aku x dapat ikut jejak langkah kamu.. (sebab dulu CYI pernah cabar dia, mesti dapat result   lebih daripada result CYI)
CYI : ala ok la 2...bagitau result penuh..
Ash : (dia pun bagitau la result dia).. sekali aku tanya sekali dia jawab..huhu..
CYI : berapa A paling tinggi? sapa?
Ash : Ilyas..

           berbanding dengan adik2 muslimat..CYI tanya soalan yang sama, berjela2 depa hurai...huhu...ada yang sedih..ada yang pasrah..ada yang nak teruskan dengan stam..ada yang nak pegi maktab.. dan macam2 lagi.. emm apapun jangan kita memandang kepada kegagalan @ peluang yang sudah tertutup, tapi pandanglah peluang yang lebih banyak dihadapan.. :))


               teringat waktu CYI pergi ambil result kat sekolah dulu...penuh debaran.. nervous apatah lagi.. CYI sengaja pergi lewat sikit, tapi lewat2 pun pagi la jugak..hehe.. sampai je kat pejabat, tengok semua kawan2 senyum, nangis, suka suki, x ada perasaan pun ada..mungkin dia dah boleh agak kot..hehe
tapi, result CYI cmne?? huhu..debar2.. masuk je dalam tu sembang2 dulu dengan Aisyah, my beloved fren.


CYI : Syah dpt brp? 
Aisy: alhamdulillah 8A.. :) na dpt brp?
CYI: Na x tengok lagi..hehe takut..


             CYI pun pegi la tengok.. cg suhaimi dah menanti dah.. "Husna anak baba dapat berapa?"..soalan cepu mas ni.."alhamdulillah sama macam aisyah...:" :)) "ha kalau macam 2 cg nak hantar kamu berdua pegi jordan la.. minggu depan ada taklimat di MMAS..kamu pegi tau.."
what...?????? pegi jordan??? huhu X dapat CYI bayangkan..berbunga jugak hati time 2..hehe..tapi at last, tinggal harapan la..huhu. Alhamdulillah dapat masuk CFSIIUM... rezeki CYI di sini..alhamdulillah..


so, conclusion: 
1) jangan pernah putus harap, mungkin kadang2 apa yang kita harapkan itu agak mustahil, tp teruskan usaha.. cth: sementara tunggu result tu, banyak2kan berdoa... :))
2) jangan terlalu sedih dan memandang tiada peluang sudah tertutup, tapi carilah peluang lain yang banyak menanti anda dihadapan..
3) carilah hikmah dalam setiap perkara dan bersyukurlah.. :))

Tuesday, March 22, 2011

Jom Tambah Thaqafah... :)

salam alaik.. :) entry for today: JOM TAMBAH THAQAFAH.. :) Sempena cuti sem yang amat2 panjang ini, CYI menyeru kepada semua sahabat & sahabiah CFSIIUM utk kita sama2 tambah thaqafah... rajin membaca.. :) kerana apa?? kerana membaca itu kunci pengetahuan.. disini CYI syorkan beberapa buah buku untuk sama2 kita baca... :)

isu PALESTIN

my favourite book.. awesome.. sejarah yang dilupakan dan ditinggalkan tanpa keadilan..

pesanan buatmu.. 

1MALAYSIA..ke mana arahnya??
bacalah...semoga anda sedar agenda disebalik 1MALAYSIA..

MAHASISWA..bergeraklah..
jgn sesekali dirimu dibelenggu minda tempurung & virus jumud


ambillah pengajaran daripada kisah2 dan sejarah2 mereka..

selamat membaca... :)) be a good reader, not just reading, but investigating and acting..
...ISLAM LEADS THE CHANGES..