"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Monday, March 21, 2011

AKU & TARBIAH

AKU & TARBIAH
Tarbiah adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah malang menjadi untung
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah setan menjadi nabi
Mengubah iblis menjadi malaikat
Mengubah sakit menjadi sihat
Mengubah bakhil menjadi dermawan
Mengubah kandang menjadi taman
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah penjara menjadi istana
Mengubah musibah menjadi muhibbah
Itulah tarbiah….
(Puisi cinta Ar-Rumi yang dideklamasikan oleh Ayatul Husna dalam KCB)

Rindunya tarbiah…J indahnya tarbiah…J
Tak lengkap rasanya hidup ini tanpa tarbiah. Rindu sahabat2 yang mentarbiah diri ini..Ya ALLAH, jangan biarkan diri ini tergelincir daripada jalan tarbiahMU..
Tarbiah…tarbiah…tarbiah…

APA MAKSUD TARBIAH???

TARBIAH: Satu nidzam terbaik yang mampu bertindak balas bersama fitrah insan, dikemukakan secara langsung (perkataan) dan tidak langsung (qudwah) bertujuan mengubah manusia kea rah yang lebih baik melalui dan menepati manhaj dan wasilah2 tertentu..
Secara umumnya, ialah apa jua usaha yang dilakukan oleh murabbi untuk mendidik seseorang muridnya supaya berdisiplin dan mencapai matlamat yang ditentukan.

APA BEZA TA’LIM & TARBIAH???

TA’LIM: Hanya menghafaz prinsip2 dan konsep2 tertentu @ satu proses transaksi maklumat antara seorang guru dengan muridnya yang belum tentu memberi kesan kepada sikap pelajar tersebut.

TARBIAH: Satu konsep yang lebih luas daripada ta’lim. Tarbiah punya keterikatan dengan amalan dengan bermatlamatkan membawa perubahan seseorang ke arah  yang lebih baik. Ta’lim adalah salah satu uslub @ jalan terpenting dalam tarbiah. Tetapi jika ta’lim sahaja tidak akan sampai kepada matlamat tarbiah untuk mengubah sikap manusia.
-Said Hawa berpandangan bahawa ta’lim & tarbiah mempunyai makna yang sama.

Itulah tarbiah…dedikasi buat sahabat2 tarbiah…diri ini merindui kalian yang pernah mengajar erti tarbiah padaku..semoga ALLAH merahmati kalian.. J

No comments:

Post a Comment