"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Tuesday, November 29, 2011

...WHAT MUSLIM LOST??....

What muslim lost??? satu tajuk perbincangan dan penghayatan serta muhasabah buat semua yang bergelar muslim.. sedarkah kita apa yang telah hilang daripada diri muslim itu??  sekadar ingin berkongsi ilmu dengan para pembaca, ceramah bertajuk "What Muslim Lost" telah disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofree, (satu nama yang tak asing lagi bagi pencinta ilmu dan kerja-kerja dakwah islamiyyah) ketika dalam satu ceramahnya di UIAM. 

(al-Fadhil ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofree & sheikh Habib Ali Zainal Abidin )

Satu jawapan pendek yang menjawab semua persoalan What Muslim Lost.. الحكمة ضالة المؤمن (hikmah adalah perkara yang hilang daripada orang mukmin) , maka sesiapa yang menjumpainya, maka ambillah hikmah itu. Satu perkara lagi yang telah hilang daripada diri seorang muslim ialah kecintaanya kepada Rasulullah.. sejauh mana kita sebagai ummah Nabi Muhammad ingat n berselawat keatasnya? Jauh sekali ingin merasa kehadiran Rasulullah di hati kita.. 

Sedar atau tidak, muslim juga telah hilang sesuatu yang lebih berharga dari segala-galanya.. apakah itu?? ianya adalah kehormatan dan kegemilangan ISLAM.. muslim hari ini dipandang kolot dan ketinggalan serta tidak mendapat tempat didunia. kenapa jadi begitu?? puncanya adalah daripada diri muslim itu sendiri. muslim lebih suka mengikut cara hidup kafir laknatullah sehingga sanggup meninggalkan al-Quran dan sunnah yang sepatutnya menjadi dustur umat ISLAM.. realiti dan fenomena ini telah dan sedang berlaku. Sedarkah kita?? Kembalilah kepada dustur ISLAM.. jadilah kita orang yang memperjuangkan agama-NYA. 
"Sesungguhnya orang-orang yang memperjuangkan agama di akhir zaman ibarat menggenggam bara api, tidak disediakan karpet merah untuk kerja-kerja dakwah ini" 

Wednesday, November 23, 2011

....Azam tahun baru...

 
Tahun 1432 hijrah bakal melabuhkan tirainya.. begitu cepat masa berlalu. Apa yang sudah kita lakukan dalam setahun 1432 hijrah? banyaknya kebaikan atau banyaknya dosa? sungguh ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana memberika kita peluang untuk merasai kehidupan sepanjang 1432 hijrah yang bakal berlalu beberapa hari lagi. sebelum perginya tahun 1432 hijrah ini, kita digalakkan membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena menyambut tahun baru.. 

Doa akhir tahun :
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
أَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِيْتُهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنِّيْ مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ، وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَائَتِيْ عَلَيْكَ، أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْلِيْ، أَللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْه الثَّوَابَ وَالْغُفْرَانَ فَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ، وَ لَا تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ، يَا كَرِيْمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 

Doa awal tahun :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تَمْلَأُ خَزَائِنَ اللهُ نُوْرًا وَتَكُوْنُ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ فَرَجًا وَفَرَحًا وَسُرُوْرًا وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ
أَللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكً الْعَمِيْمِ الْمُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيآئِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالْإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى  يَا ذَالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
وَصَلَّى الله تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
  
Moga segala amalan dan amal baik kita sepanjang 1432 hijrah ini diterima ALLAH. Berdoalah sekerap mungkin kerana ALLAH itu tidak pernah jemu mendengar permintaan dan rintihan hambaNYA.. Usah berputus asa daripada rahmat ALLAH.. :) renung-renungkan dan selamat beramal.. :)